Saturday, 30 November 2013

PEMBONGKARAN !!! JANGAN BUNUH SEMUT DAN TOLONG JANGAN BUNUH SEMUT

JANGAN BUNUH SEMUT DAN TOLONG JANGAN BUNUH SEMUT

PEMBONGKARAN. Jangan bunuh semut dan tolong jangan bunuh semut.Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect / sheildtox / bakar semut-semut tu. 



Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. Semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran. Admin juga menyediakan kisah ringkas tentang Nabi Sulaiman dan Kisah Seekor Semut yang taat. Dimana seekor semut telah berdoa kepada Allah Swt. Baca cerita-cerita ini di bawah :


Ucapan yang pernah di pesan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan apa yang perlu diucapkan kalau berhadap dengan semut di rumah atau sebagainya :


"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. "Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".



KISAH NABI SULAIMAN A.S

Nabi Sulaiman merupakan anak Nabi Daud. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya. Setelah kewafatan ayahandanya, Nabi Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan Bani Israel. 


Beliau berkuasa bukan hanya ke atas manusia, namun juga haiwan dan jin. Baginda juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Ia dibangunkan dengan gotong-royong manusia, binatang dan jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.

Suatu hari, burung hud-hud menceritakan tentang kerajaan negeri Saba yang diperintah oleh Ratu Balqis dan mereka menyembah matahari. Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Nabi Sulaiman. Setelah tiba di Yaman, utusan itu merasakan hadiah itu tidak ada apa-apa nilainya dibandingkan dengan kerajaan Nabi Sulaiman yang besar. Nabi Sulaiman menyuruh utusan itu kembali kepada Ratu Balqis.

Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman juga memerintahkan pasukannya supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya.

Nabi Sulaiman berjaya menyedarkan Ratu Balqis lalu berkahwin dengan dengannya dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera.

Pada suatu hari Nabi Sulaiman memasuki mihrabnya untuk i'tikaf, ibadah, dan solat. Nabi Sulaiman wafat dan baginda bersandar kepada tongkatnya. Jin melihatnya dan mengira bahawa beliau sedang solat sehingga mereka pun terus melanjutkan pekerjaannya. 

Berlalulah hari-hari yang panjang. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah wafat kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh anai-anai.

KISAH NABI SULAIMAN DAN SEEKOR SEMUT YANG TAAT


Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Tanah-tanah gersang melanda di mana-mana. Baginda Nabi Sulaiman A.S mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.
Kemudian, baginda Nabi Sulaiman AS memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di suatu kawasan lapang untuk berdoa lalu memohon kepada Allah SWT agar musim kemarau segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya mereka di kawasan tersebut, baginda Nabi Sulaiman A.S  melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Nabi Sulaiman A.S kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhlukNya.

Kisah semut ada disebutkan dalam Al-quran

Doa sang semut kepada Allah SWT :
“Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku”,
Mendengar doa si semut maka Baginda Nabi Sulaiman A.S, kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka (para semut) :
“Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut”.
 Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Manakala, kisah yang lain pula  :   Suatu hari Baginda Nabi Sulaiman A.S sedang berjalan-jalan.  Baginda telah melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Nabi Sulaiman A.S terus mengamatinya, kemudian baginda memanggil si semut lalu bertanya :
 “Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?.”
Si semut menjawab, “Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.”
Baginda Nabi Sulaiman A.S kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata lagi kepada si semut :
“Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu”.
 Si semut pun mengikut arahan dengan taat pada perintah Nabi Sulaiman A.S.  Maka, setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman A.S datang melihat keadaan si semut. Baginda melihat  kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak yang berkurang. Baginda Sulaiman A.S bertanya kepada si semut :
“Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?”
“Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan  Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut”..

No comments:

Post a Comment