Showing posts with label darah haid. Show all posts
Showing posts with label darah haid. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

KISAH BENAR !!! SIHIR SUAMI GUNA DARAH HAID DAN AIR MANI GAJAH


SIHIR SUAMI GUNA DARAH HAID DAN AIR MANI GAJAH

Kisah benar, seorang isteri sanggaup mengsihir suaminya dengan darah haid serta air mani gajah.  Wah !!! memang dahsyat bunyi nya..kikiki...seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.



Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Tuesday, 26 February 2013

HOT !!! BERSETUBUH KETIKA HAID DAN HUKUMNYA

Akibat Melakukan Hubungan Seks Atau Bersetubuh Ketika Haid


Pengharaman Seks Semasa Haid. Islam mengharamkan melakukan hubungan seks atau bersetubuh antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)



Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi). Admin juga selitkan sedikit pandang serta hujah Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu ini.