Monday, 11 February 2013

HOT !!! KESAN SIKAP BURUK SANGKA

5 KESAN BURUK SANGKA

Buruk sangka merupakan satu masalah bg sesetengah individu. ia termasuklah dalam hubungan ataupun sikap yang ada dlm diri seseorang.
Kita selalu menyangka bahawa kasih sayang sesama manusia hanya akan lahir apabila mereka saling mengenali dan mempunyai tautan hati. Kita lupa bahawa sebagai makhluk Allah SWT yang bergelar manusia, kita sebenarnya berkasih sayang apabila mempunyai sifat belas kasihan dan saling melindungi antara satu sama lain.

Sayang sekali sekiranya kita tidak mampu berkasih sayang dan saling mengingatkan antara satu sama lain, apatah lagi sekiranya berkongsi akidah yang sama. Tanpa kasih sayang, kita akan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain, sedangkan sebagai umat Rasulullah SAW, kita sepatutnya saling melindungi dan memperbetulkan kesilapan masing-masing dengan penuh hemah dan adab.


Jom kenali kesan-kesan dari sikap buruk sangka :

1. Hati kita akan dipenuhi kebencian, dendam dan titik-titik hitam yang susah nak dibersihkan.

Bila kita selalu melemparkan kritikan-kritikan negatif pada orang lain pada situasi, perkara atau benda, kita sebenarnya melatih diri untuk berakhlak buruk. Pada kita, itu normal. Pada orang lain, itu tidak nampak normal. Menyusahkan.

Bila kita berakhlak buruk  kawan-kawan akan menjauh, ahli keluarga tak suka, adik-beradik kurang senang tiap kali kita ada.

2. Banyak masalah timbul 
Masalah dalam perhubungan, masalah dalam kawalan emosi, kita cepat naik marah, masalah kewangan.

Akan ada saja masalah timbul satu persatu tanpa disangka.

Anda akan cepat tertekan lalu menyalahkan takdir. Dari segi saikologi, fikiran negatif yang terbentuk dalam diri Anda akan menarik banyak situasi-situasi negatif, seterusnya membawa kepada ratusan masalah negatif.

3. Kesihatan terganggu

Kita mudah dihinggapi penyakit. Dari penyakit-penyakit ringan sampailah ke penyakit-penyakit berat, banyak hinggap dibadan kita. Bersarang dan beranak-pinak kat situ. Nak buat kerja, nak pergi kerja, asyik terganggu sebab tak sihat.

Bila mental kurang sihat sebab hati dipenuhi kebencian, maka ia akan mempengaruhi fizikal hingga menyebabkan fizikal juga berubah jadi kurang sihat. Penyakit-penyakit ringan seperti selesema, demam akan cepat hinggap kemudian lambat hilang.

Seterusnya, kita akan dilanda penyakit-penyakit lain tanpa kita sendiri sangka.

4. Apa saja yang kita usahakan, tak berhasil

Mungkin juga akan jadi kurang berhasil. Fokus hilang, menyebabkan kita bertukar-tukar pendirian, bertukar-tukar usaha.

Kita akan bertukar-tukar kerja. Jika kita berniaga, kita akan bertukar-tukar jenis perniagaan. Usaha kita nampak tidak berhasil langsung. Asyik gagal, asyik tak menjadi.

Kesannya, modal tak dapat balik, untung langsung tak ada. Kita bergaduh dengan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan kita.

Sikap selalu melemparkan kritikan negatif walaupun Anda rasa sesuatu yang normal, perbuatan biasa, kata-kata yang lahir dari hati Anda akan memberikan kesan buruk tanpa di sangka-sangka. Cegah sebelum parah.

Minda kita menarik sesuatu yang serupa dengan apa yang ada di dalamnya. Jika negatif, maka minda kita akan menarik segala yag negatif datang pada kita. Ramai orang tak menyedari hal ini, sebab tak pernah mencuba untuk mengenali diri sendiri, mengenali minda dan mengawal emosi.


Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati. Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat yang bersaudara kerana itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga. Kasih sayang bukan sekadar menyatukan hati dan jiwa tetapi juga mengukuhkan hubungan sesama manusia.

No comments:

Post a Comment