Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?
Kalau dilihat secara
renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul
Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya
keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran
beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan
bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan
dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang
luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa
hidup di dunia.
Justeru, apabila kita
lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita
bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini
berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli
neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga
istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak
derhaka.
Apa yang menarik
perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus
seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan
umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang
dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Siapa Golongan Dayus..?
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama
ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa
mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami
yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala
hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan
pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat,
maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu
rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke
neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:
“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya,
apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat
dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana ?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah
cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar
dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya
seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya
(punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan
yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang
tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya
ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati
suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak
orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu
ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan
yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan
suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias
supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya,
disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak
mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli
pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang
suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti
Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang
tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan
dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah
golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab.
Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku
berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka
adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda
yang bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli
neraka adalah perempuan.”
Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau
membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka?
Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Jul 24, 09 | 12:43:04 pm MYT
Fri | Jul 24, 09 | 12:43:04 pm MYT
No comments:
Post a Comment