Thursday 21 February 2013

BERITA TERKINI !!! TUNGGU LAKONAN BEKAS TUNANG FIZZ FAIRUZ KATA SUAMINYA

TUNGGU DRAMA SELANJUT NYA


Kuala Lumpur: “Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia,” kata lelaki yang mendakwa suami kepada tunang Fizz Fairuz yang ingin dikenali sebagai Ramli, 40-an. Dia yang dihubungi Harian Metro semalam, bertegas bahawa Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan Thailand.

Malah, dia mengakui memiliki bukti kukuh mengatakan wanita itu isteri keduanya namun enggan menunjukkan bukti itu kerana tidak mahu memanjangkan kontroversi.

“Bukti surat nikah di Thailand ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz, tanya dia,” katanya.

Kata Ramli, untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, dia meminta berjumpa ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar. Ini berkaitan dengan artikel pengakuan Ramli adalah suami bekas tunang Fizz Fairuz yang sah.

No comments:

Post a Comment