Tuesday 5 February 2013

HOT !!! APA SALAHNYA E-CIGARETTE PADA KERAJAAN


E-CIGARETTE TELAH MENGURANGKAN CUKAI KERAJAAN

E-CIGARETTE atau  berjaya mengurangkan cukai rokok di negara barat. Malah kajian telah dibuat dan mendapati tiada lagi kesan buruk E-CIGARETTE. Ia amat ketara berbanding rokok yang dijual. Senang kate sape isap E-CIGARETTE tidak menyumbang cukai kt kerajaan. Rokok elektronik mampu dan Berjaya mengurangkan ramai perokok tegur kurang menghisap rokok seperti admin…kakakakakak…tidak kira la apa org nak panggil…rokok bateri, rokok vapor mahupon rokok elektrik.


Nie admin nk kongsi cerite n pendapat admin kat semua…klu yg boleh terima dipersilakan..klu tk jdkan sebagai pengetahuan.Tidak sampai setahun pun rokok elektronik ini dijual/digunakan, kerajaan dah pening kepala dan nak ambil tindakan kepada penjual dan penghisap rokok elektronik. baca petikan di bawah

BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]

Nampaknya kerajaan mahu mengambil tindakan supaya penghisap rokok elektronik hisap balik rokok biasa yang mana kerajaan dapat balik makan cukai yang dikatakan antara menyumbang terbesar ekonomi negara ini.sekarang ni ada sedikit artikel yang petua nenek nak kongsi kesahihan mengenai rokok elektronik@e rokok ini. Adakah ianya benar-benar merbayakan kesihatan atau sebaliknya.

Berdasarkan pengalaman petua nenek, petua nenek pun ada satu rokok elektronik, rokok elektronik ini menggunakan e-liquid atau pun e-juice. perasa ini langsung tidak mengandungi tar, nikotin berlebihan, racun tikus dan sebagainya.


 Bahan-bahan e-juice = GLYCERIN + PERASA ( BUAH,KOPI,VANILLA, DAN SEBAGAINYA)
GLYCERIN = digunakan dalam makanan untuk bagi kesan lembap. bahan ini biasa didapati samaada dalam bentuk vegetable atau sintetik.
Nie respberry...lemmbut lagi besttt !!!!!!

MASALAH NYER…BACA ELOK2

  1. Terdapat campuran nikotin didalam e-liquid dengan kadar 6 mg ke 50 mg
  2. Penggunaan nikotin ini sebenarnya serupa dengan pengambilan ubat niquiton yang mane ia akan mengurangkan pengambilan nikotin dan seterusnya tidak lagi mengambil nikotin.
  3. Penghisap rokok elektronik ini, bile dibuat xray,tar di paru-parunya semakin menghilang.
  4. Asap yang dikeluarkan hanyalah wap air dan tidak mengandungi racun, tar atau bahan-bahan lain yang terdapat didalam rokok kotak biasa.
Nie Kata Pakar…Baca dan Faham !!!!

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.
"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI Sumber Utusan

Baca Nie Lagi….Baca dan Faham !!!!!!

Jadi apakah tujuan penjualan e-rokok ini di pasaran? Di Singapura, penjualan dan pembelian e-rokok walaupun untuk kegunaan persendirian adalah diharamkan (illegal). Kementerian Kesihatan Singapura bimbang, e-rokok bukannya membantu perokok tegar mengurangkan tabiatnya, tetapi menarik perokok baru di kalangan remaja dan wanita.
(rujuk: Janice Heng (20 July 2010). “Ban on new tobacco products”. The Straits Times).

Singpura haling bukan sebab kesan malah takot menarik perokok baru dikalangan remaja.

JADI, APA YANG BAHAYANYA ROKOK ELEKTRONIK@E-ROKOK NI. FIKIRKANLAH DAN RENUNGKANLAH.



13 comments:

  1. Apalah paedahnya mengisap benda pelik-pelikni? Dapat zat tambahan? Dapat protin lebih? Baik rokok, e-rokok atau apa saja benda tak de paedah, baik jangan isaplah. Ianya tetap membazir dah pembaziran adalah diharamkan di dalam Islam. Orang yang membazir itu adalah sahabat syaitan. Sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  2. tah..bila kerajaan buat bnda elok,x nk support..smua nk bangkang..smua nk politik..mcm dh xde keje lain pembangkang ni..smua bnda nk politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakakakakak....mesti dah tkde isu tuu...kakakakka....tgok je brooo....nk ckp salah tk ckp pon salah......terbaek brooo

      Delete
  3. Kakkakakakaka..ni la manusia...tk penah puas dengan apa yang ada...tq komen ye...

    ReplyDelete
  4. banyak meruginya..dari pada manfaatnya..ya kawan :)

    ReplyDelete
  5. tapi LAN is sokong kerajaan haramkan terus penjulan rokok nie sebab apa, sebab member2 is yang mana kamcing macibai dengan is bila dah beli dan isap rokok nie terus jadi berlagak nak mampus tahap nak kena sepakkan padu maut dengan is perrrghhhh angin gila oooo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakaka...ada gek org mcm tu ye is....br isap rokok dah berlagak....lain kali tlg lan sepak kan sekali....kikikikikikik

      Delete
  6. Rokok adalah dadah. Saya mengaku, psl saya dah lama nak berhenti, tapi ketagihan menghalang. Saya cuba kurangkan, tapi walaupun hisap sebatang, dada saya sakit sangat-sangat. Dan akhirnya tiba e-cigarette. Saya boleh lepas gian saya, tanpa membunuh diri dengan tar dan entah apa lagi yang ada dalam rokok. Sekarang kadar saya merokok dah berkurangan, hanya dalam masa sebulan.

    Memang bende ini membazir saja kalau dapat ketangan budak-budak yang baru belajar. Tapi ini juga lah penawar untuk ketagihan yang kerajaan paling sokong sangat. Dah bertahun kerajaan sahkan jual beli rokok, tarik untung dari nyawa rakyat, macam tentera British yang bawa candu dulu. Kini, sudah berjuta-juta rakyat malaysia ketagihan dengan nikotin. Mereka boleh cuba berhenti, tapi bila orang lain merokok sekitar mereka, susah untuk berhenti.

    Tak ada insan yang tak pernah buat silap. Ketagihan merupakan kesilapan yang sukar untuk dibetulkan. Sekurang-kurangnya, dengan e-cigarette ini, kita dapat mengurangkan ketagihan, dan mungkin berhenti terus daripada merokok.

    ReplyDelete
  7. Lari cukai sebab tu haram juai.cuba kalau e-rokok cukai tinggi,mesti tak haram punya.benda boleh nampak.umpama nk sembunyi gajah dalam kotak mancis.

    ReplyDelete
  8. isap rokok bese... dunhill.. rm rm10.20.. separuh dari tu adelah tax.. seminggu rm71.40
    isap e cig.. sebotol rm20.. leh wat seminggu.. sehari dlm rm3...
    seminggu leh save rm50...
    dalam rokok ade nikotin.. nikotin adelah sejenis dadah...
    memang susah utk perokok berhenti rokok disebabkan oleh nikotin
    oleh sebab itu diperkenalkan terapi nikotin.. (pengambilan nikotin secare berjadual) sebelum nih terapi nikotin diperkenalkan melalui kaedah pengambilan product seperti niqiuret atau niquitin...
    sebelum nih kempen berhenti merokok yg dijalankan oleh kerajaan menghadapi kegagalan (tak ramai yg berhenti)..
    kenape kerajaan tidak mengambil inisiatif dlm mengalakkan perokok melakukan terapi nikotin dengan penggunaan e-cig...?
    ramai yg menghisap e-cig nih bertujuan nak berhenti merokok.. dan sedar tentang tar/asap pasif dan bhn-bhn kimia yg terkandung di dalam rokok biase..
    ape yg saye lihat skang nih.. bebudak mule belajo isap rokok dengan rokok biase... takde nyer dorang nak abeskan rm100 semate-mate nak belajo isap rokok... lebih bek dorang beli rokok john yg berege rm4....

    ReplyDelete
  9. pengakuan dari penghisap rokok ecig
    1. kahak pepagi takde..
    2. tak batuk pepagi
    3. dada makin lapang (tar dah kurang)
    4. tak cepat sempot (tar dah kurang)
    5. save duit...

    belum dibuktikan lagi yg e-cig nih merbahaya..
    tapi penghisap e-cig nih dah buktikan yg mereka tidak menyedut tar lagi...

    persoalan... kenape kerajaan tak haramkan terus rokok biase? lagi bagus...

    ReplyDelete