FREEHOLD Vs LEASHOLD Vs
PEMILIKAN SEMENTARA
FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya
adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal).
Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut
selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik
kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik
tanah oleh kerajaan). Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’),
pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim)
seperti di dalam rajah di sebelah. Geran merujuk
kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakala Geran Mukim merujuk
kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
