Sebutir asteroid
terbang 27,600 kilometer dari Bumi hanya beberapa jam selepas sebuah meteorit
terhempas di Pergunungan Ural di Chelyabinsk, kelmarin. Saintis
berkata, ia adalah asteroid besar pertama mencatat jarak terbang paling hampir
dengan Bumi. Malah lebih besar daripada meteor (tahi bintang) atau asteroid 2012
da14 yang meletup seperti bom
atom di Russia
boleh jatuh dari langit bila-bila masa saja.
Saintis
dan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa)
AS bertegas, meteorit itu tidak
ada kena mengena dengan asteroid berkenaan kerana kedua-duanya terbang dalam
arah bertentangan.
Asteroid adalah objek yang lebih besar berbanding meteor (tahi bintang) dan mengujakan peminat astronomi di
Secara bandingan, asteroid kelmarin itu dianggap kecil berbanding meteorit yang memusnahkan dinasor 65 juta tahun lalu selebar 9.6 kilometer. Bagaimanapun, saintis berkata, asteroid kelmarin masih boleh menyebabkan kemusnahan besar berdasarkan beratnya (143,000 tan) yang mampu menghasilkan tenaga bersamaan 2.4 juta tan TNT.
Dalam keadaan itu, kata saintis, ia boleh memusnahkan kawasan seluas 1,942 kilometer persegi. Nasa menganggarkan, meteor yang terhempas di
Berbeza dengan dunia Holywood, tiada banyak
yang dapat dilakukan ahli sains dunia mengenainya. Bagaimanapun, beberapa bekas
angkasawan ingin berjuang untuk melawannya. Mereka berharap insiden kosmos
secara kebetulan Bumi hampir bergeser dengan asteroid berukuran 46 meter
beberapa jam selepas meteor bersaiz 15 meter jatuh di Russia akan memberi
kesedaran mengenai bahaya di ruang angkasa dan mendorong tindakan diambil
seperti langkah mengesan dan menjejaki asteroid yang lebih baik. “Selepas
insiden kelmarin, ramai orang mula sedar,” kata Rusty Schweickart yang terbang
dalam misi Apollo 9 pada 1969 dan membantu mewujudkan Yayasan B612 yang
melindungi planet serta memberi amaran kepada NASA selama bertahun-tahun agar
menyalurkan lebih banyak usaha dan wang untuk meingkatkan kesedaran mengenai
asteroid. Bumi diancam meteor setiap masa iaitu serpihan asteroid atau komet
yang menembusi atmosfera Bumi. Namun, banyak jika tidak semua terlalu kecil
untuk dikesan dari jauh dengan peralatan yang ada sekarang. Meteor yang
menggegarkan Pergunungan Ural dianggarkan 20 kali lebih berkuasa daripada bom
atom yang digugurkan di Hisroshima pada Perang Dunia Kedua. Ia memecahkan
ribuan kaca tingkap dan menyebabkan lebih 1,000 orang cedera di Chelyabinsk , bandar raya
yang dihuni sejuta orang.
Malah, tiada siapa dapat mengesan kemunculannya yang dianggarkan bersaiz seperti sebuah bas. “Ia adalah asteroid yang kecil,” kata ahli astronomi Paul Chodas yang bekerja dalam program Objek DEkat-Bumi NASA di Pasadena,
“Ia
hanya samar-samar dan sukar dikesan bukan mustahil tetapi sukar,” katanya. - AP
Sebutir asteroid terbang 27,600 kilometer dari Bumi hanya beberapa jam selepas sebuah meteorit terhempas di Pergunungan Ural di Chelyabinsk, kelmarin. Saintis berkata, ia adalah asteroid besar pertama mencatat jarak terbang paling hampir dengan Bumi. Malah lebih besar daripada meteor (tahi bintang) atau asteroid 2012 da14 yang meletup seperti bom atom di Russia boleh jatuh dari langit bila-bila masa saja.
No comments:
Post a Comment