Romeo dan Juliet. Arkeologi Romania melaporkan bahawa mereka telah menemui dua rangka manusia yang ditanam bersama-sama dengan tangan mereka disatukan diantara satu sama lain (pegang tangan) dalam kedudukan bersebelahan sehingga mereka menamakan rangka pasangan tersebut seperti kisah cinta "Romeo dan Juliet"..
Penemuan rangka yang dipercayai tertanam sejak dari zaman pertengahan ditemui di tapak bekas sebuah biara Dominican di Transylvania, Cluj, Romania.






