Monday 20 May 2013

HOT !!! PEREKA FESYEN CALVIN THOO MEMELUK AGAMA ISLAM

PEREKA FESYEN CALVIN THOO MEMELUK AGAMA ISLAM

Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo diberitakan telah memeluk agama Islam. Sejak semalam, nama jejaka ini menjadi bualan di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).


Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.

Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi. Alhamdulillah, tambah lagi seorang muslim dan semoga beliau dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia selalu disamping cahaya Islam di hati.


Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsaCalvin Thoo diberitakan telah memeluk agam Islam.

9 comments:

  1. syukurlah dia telah mendapat hidayah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....umat islam setiasa bolehhhhhh !!!!!!!!!!

      Delete
  2. ada terbaca tentang ni..syukurlah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....umat islam setiasa bolehhhhhh !!!!!!!!!!

      Delete
  3. Alhamdullah bertambah seoranglagi umat Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....umat islam setiasa bolehhhhhh !!!!!!!!!!

      Delete
  4. Alhamdulillah terbuka hati memeluk Islam harap agar saudara Islam yang baru akan bertambah lagi.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Lan. dimanakah sahabat is Lan nie? is datang nie isi tabung Hishop skali.

    ReplyDelete
  6. ALLAHUAKHBAR!
    ALLAHUAKHBAR!
    ALLAHUAKHBAR!

    ALHAMDULILLAH......

    ReplyDelete