Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Monday, 20 May 2013

HOT !!! PEREKA FESYEN CALVIN THOO MEMELUK AGAMA ISLAM

PEREKA FESYEN CALVIN THOO MEMELUK AGAMA ISLAM

Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo diberitakan telah memeluk agama Islam. Sejak semalam, nama jejaka ini menjadi bualan di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).


Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.

Tuesday, 1 January 2013

HOT !!! MUSLIM TAAT BAKAL PENYERANG ARSENAL


Bakal penyerang Arsenal: “Assalamualaikum”


Penyerang Newcastle United yang bakal berhijrah ke Arsenal pada awal Januari ini, Demba Ba dikenali sebagai pemain bola sepak Muslim yang taat. Selain dikenali seorang yang taat menjalani ibadah, Ba tidak segan menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin dari penjajahan Israel.
Namun satu yang tidak boleh dilupakan, Ba boleh juga dipanggil sebagai pendakwah. Hal itu boleh dilihat dari akaun twitter bekas pemain West Ham United itu, @ dembabafoot. Di kala waktu dia mengingatkan bahawa meraikan dengan bersujud merupakan rasa bersyukur kepada Allah. Hal itu sebagai jawapan atas tuduhan legenda Liga Inggeris Gary Lineker yang menyebut aksi tersebut seperti orang sedang makan rumput.
Ba memang dikenali sebagai ikon pemain yang melakukan kejayaan dengan bersujud syukur selepas menyumbang gol. Ba pernah membalas dalam akaun dengan peminatnya dengan jawapan “terima kasih ya Allah” dan “insyaallah”.