Showing posts with label the walking dead musim ketiga. Show all posts
Showing posts with label the walking dead musim ketiga. Show all posts

Friday, 22 February 2013

BERITA TERKINI !!! ZOMBI SERANG KUALA LUMPUR

KEMUNCULAN ZOMBI-ZOMBI DI SEKITAR KUALA LUMPUR


GARA-GARA sambutan hangat drama popular The Walking Dead, Fox International Channels menghidupkan sebahagian daripada siri itu ke alam realiti melalui kemunculan zombi-zombi di sekitar kawasan bandar raya Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kemunculan makhluk yang berkeliaran itu telah menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan warga kota dan pelancong, malah menjadi hype dalam laman media sosial. Dengan rupa yang cukup mengerikan, orang ramai tetap beratur untuk bergambar bersama zombi-zombi tersebut. Semuanya sempena kedatangan bahagian kedua bagi The Walking Dead musim ketiga siri berkenaan.

Antara lokasi utama di Kuala Lumpur yang menampilkan penyamaran zombi-zombi tersebut ialah di sekitar Plaza Sungei Wang, Lot 10 dan Pavilion. Ramai warga kota ternyata terkejut pada awalnya dan kemudian amat teruja untuk bersama-sama mengambil gambar dalam gaya masing-masing.