Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

TERKINI !!! ABN XCESS BAKAL PENINGKAN PIHAK ASTRO DENGAN TAWARAN LEBIH RENDAH

ABN XCESS BAKAL PENINGKAN PIHAK ASTRO DENGAN TAWARAN LEBIH RENDAH

Abn xcess. First time admin dengar mengenai abn xcess. Tapi dalam pencarian dan pembacaan, admin dapati ia merupakan pencabar terdekat kepada pihak astro. Dimana ia menawarkan pakej high speed internet dan saluran tv. Betul ke tak admin tak pasti. Tapi ini la info yang admin dapat. Search dan cari dan nilai sendiri.




Kehadiran ABN Xcess dengan tawaran yang dibuat hanya RM29.99 sebulan dengan menyediakan 50 saluran pendidikan, informasi dan hiburan. Dikatakan ABN juga menyediakan 7 channel HD daripada 50 saluran tanpa bayaran tambahan. Tidak perlu risau tentang cuaca di tempat anda kerana ABN ni boleh kena hujan ABN juga yang kini berada di Petaling Jaya sedang dalam proses pembinaan bangunan baru di Puchong, Selangor dimana bangunan baru tersebut merupakan stesen TV berbayar terbesar di Malaysia dengan kelengkapan serba canggih. 

Friday, 22 February 2013

BERITA TERKINI !!! ZOMBI SERANG KUALA LUMPUR

KEMUNCULAN ZOMBI-ZOMBI DI SEKITAR KUALA LUMPUR


GARA-GARA sambutan hangat drama popular The Walking Dead, Fox International Channels menghidupkan sebahagian daripada siri itu ke alam realiti melalui kemunculan zombi-zombi di sekitar kawasan bandar raya Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kemunculan makhluk yang berkeliaran itu telah menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan warga kota dan pelancong, malah menjadi hype dalam laman media sosial. Dengan rupa yang cukup mengerikan, orang ramai tetap beratur untuk bergambar bersama zombi-zombi tersebut. Semuanya sempena kedatangan bahagian kedua bagi The Walking Dead musim ketiga siri berkenaan.

Antara lokasi utama di Kuala Lumpur yang menampilkan penyamaran zombi-zombi tersebut ialah di sekitar Plaza Sungei Wang, Lot 10 dan Pavilion. Ramai warga kota ternyata terkejut pada awalnya dan kemudian amat teruja untuk bersama-sama mengambil gambar dalam gaya masing-masing.