Showing posts with label serbuan. Show all posts
Showing posts with label serbuan. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

TERKINI !!! 3 REMAJA DI TAHAN KERANA MUAT TURUN FILEM TANPA KEBENARAN

3 REMAJA DI TAHAN KERANA MUAT TURUN FILEM TANPA KEBENARAN
Muat turun atau download tanpa kebenaran. PUTRAJAYA - Tiga remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun ditahan dalam serbuan di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing pada 29 Oktober dan 8 November lepas kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dalam Operasi Spyglass itu diletakkan di bawah jaminan polis, dan telah dibenarkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.