Showing posts with label perunding.. Show all posts
Showing posts with label perunding.. Show all posts

Friday, 12 October 2012

JANGAN TERTIPU !!!!!!!!!!!!!!!!!


Juru JUAL Hartanah VS AGEN Hartanah


Sama tapi tidak serupa…bagi anda mereka sama sahaja, Jurujual Hartanah atau Perunding Hartanah, matlamat mereka sama iaitu mereka ingin menawarkan anda produk yang mereka ada, dalam industri ini dipanggil 'listing' , agar ada diantara property didalam listing mereka menarik minat anda.

Sewaktu anda melihat iklan atau 'search' di internet, anda mungkin 50% sudah tertarik dengan isi kandungan info yang disertakan, bersama gambar hartanah tersebut. 50% lagi adalah apabila mereka yang akan berurusan dengan anda, iaitu agen atau jurujual atau perunding hartanah anda.

Ini  kerana seorang agen, mereka boleh jadi seorang jurujual yang baik, tapi seorang perunding yang baik atau seorang perunding hartanah adalah seorang jurujual yang hebat!