PUSAT KUSTA DITAKLUK
OLEH WARGA ASING DAN TIDAK UBAH SEPERTI LADANG PERTANIAN
Sungai Buloh: Kedudukannya yang agak
tersorok biarpun terletak berhampiran ibu negara, menyebabkan tidak ramai
menyedari Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di sini, kini ‘ditakluk’ pekerja
asing.
Tinjauan Harian Metro hasil maklumat
diperoleh mendapati tidak kurang 50 rumah yang dulunya didiami pesakit kusta
kini menjadi tempat tinggal pendatang warga Indonesia terbabit hingga kawasan
itu bertukar menjadi perkampungan mereka.
