Pentadbiran tanah adat di Negeri Sembilan agak unik
berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Ini kerana masyarakat watan
di Negeri Sembilan rata-ratanya masih mengamalkan Adat Pepatih yang
mementingkan keturunan daripada sebelah ibu. Organisasi hidup masyarakat adat
ini berteraskan 12 kelompok keluarga yang besar yang dipanggil `Suku’. Setiap
kelompok diketuai oleh seorang pembesar bergelar Lembaga. Setiap suku terpecah
kepada keluarga kecil dipanggil `Perut’ yang diketuai oleh seorang `Buapak’. Setiap
Perut pula dipecahkan kepada kelompok yang lebih kecil dipanggil `Ruang’ yang
diketuai oleh seorang `Besar’. Setiap `Ruang’ dipecahkan kepada kelompok yang
lebih terkecil dipanggil `Rumpun’ yang diketuai dengan panggilan `Kadim’.
