ASPEK-ASPEK PENTING YSNG PERLU DIAMBIL KIRA
HANYA kerana terdapat tanda – ‘Rumah
Untuk Di Jual‘ atau ‘Rumah Dijual‘ atau ‘Untuk Dijual‘, itu sama
sekali tidak bermakna anda perlu membeli rumah tersebut walau dengan apa cara
sekalipun! Bertenang. Sabar dahulu. Jual beli rumah bukanlah semudah itu. Sebelum
itu, elok baca dahulu apakah aspek-aspek pembelian rumah yang wajib diberi
perhatian ini sebelum membuat sebarang keputusan.
Pertama
sekali, jangan beli apa-apa jua rumah hanya kerana anda sukakannya. Jangan dan
jangan. Kenapa? Sekiranya membeli sesebuah rumah kerana cinta dan pesona, anda
akan menjadi buta. Anda akan mengenepikan banyak aspek dan tidak mengendahkan
masalah yang bakal dialami kelak. Anda tidak pedulikan apa-apa lagi asalkan
berhasil memiliki rumah idaman tersebut. Pilih dan belilah rumah dengan penuh
kesedaran dan berteraskan tanggungjawab. Ingat selalu bahawa anda membelinya
sebagai satu keperluan dan bukan kerana terpegun dengan rekabentuk, landskap
dan hiasan dalamannya yang mengagumkan (sudah tentu ini juga dalam
pertimbangan). Ini menjadikan anda lebih rasional dan mengambilkira kesemua
faktor lain yang terlibat.
Antara aspek yang perlu diperhatikan sebelum membeli
sesebuah rumah: