Showing posts with label pilihanraya 2013. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya 2013. Show all posts

Saturday, 2 February 2013

HOT !!! TARIK BALIK SAMAN AES DAN PULANGKAN DENDA KATA BEKAS PEGUAM NEGARA


TARIK BALIK SAMAN AES DAN PULANGKAN DENDA KATA BEKAS PEGUAM NEGARA KEPADA GANI PATAIL
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.