REMAJA HILANG DI VILLA NABILA 18 NOV 2013
Misteri Villa Nabila muncul kembali. Ini berikutan dengan kehilangan remaja di bawah lingkungan umur 20 an pada 18 November 2013. Villa Nabila ini merupakan suatu misteri terutamanya bagi masyarakat di Johor dengan beberapa kejadian / cerita pelik yang berlaku. Jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil.
Menurut cerita, 30 orang
remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa
Nabila tanpa diketahui niat mereka. Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari
tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah "terperangkap" dan
hanya suara mereka sahaja yang kedengaran (banyak cerita n tak tau mana yg betul). Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai
dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ.