BERITA TERBAIK BAGI PENGGEMAR FACEBOOK
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Facebook kelmarin
membenarkan penggunanya membuat panggilan percuma melalui facebook kepada kenalan mereka di
laman sosial berkenaan menggunakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk telefon
pintar iPhone dan komputer tablet iPad. Itulah kelebihan aplikasi facebook 5.5.
Aplikasi Facebook untuk gajet keluaran Apple itu mengeluarkan
paparan apabila kenalan berada dalam talian dan memberikan pilihan untuk
menghubungi mereka dengan menyentuh ikon yang tertera pada skrin iPhone atau
iPad.