DI ANTARA JENIS-JENIS DOSA
MEREKA yang melakukan dosa adalah seorang yang menjadi teladan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa itu sedikitpun.
Pada kali ini, penulis mengambil beberapa pandangan ulama berkenaan dosa besar dengan harapan kita semua dapat menjauhkan diri daripada dosa. Dosa besar adalah perlakuan salah yang dijelaskan hukuman, dilaknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunah Nabi Muhammad.
