Showing posts with label gaza. Show all posts
Showing posts with label gaza. Show all posts

Friday, 23 November 2012

HOTT !!! DERITA PALESTIN MASIH BELOM BERNOKTAH (1)


1,477 ORANG KANAK-KANAK PALESTIN DI BUNUH TENTERA ISRAEL
PETANG 10 November lalu, Mohammed Ussama Hassan Harara, 16, dan Ahmed Mustafa Khaled Harara, 17, seperti biasa keluar bermain bola sepak di taman permainan berdekatan rumah mereka di Al-Shoja'iya, timur Gaza.
Namun, tidak lama berada di taman itu tiba-tiba kedengaran siren dan jeritan kuat menyuruh mereka menyembunyikan diri.
Tatkala rakan-rakan mereka bertempiaran lari, namun langkah Mohammed Ussama dan Ahmed Mustafa ternyata tidak cukup pantas.
Bedilan meriam tentera Zionis Israel tepat jatuh di taman permainan itu dan meragut nyawa kedua-dua remaja berkenaan.
Berita kematian mereka hanya menjadi bisikan sepi dunia kerana ternyata ia bukanlah satu kisah asing.