Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

Saturday, 13 October 2012

HOT : TIP DAN CARA BAYAR PINJAMAN PERUMAHAN


HOT : TIPS & CARA BAYAR PINJAMAN PERUMAHAN


Jom kongsi cara bayar pinjaman dengan mudah dan menguntungkan!!!!!!

1. Bayar loan setelah dapat wang

Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan... tetapi gaji masuk 27 hb contohnya... tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji... Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date... dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari... Jimat untuk 5 hari...

2. Bayar lebih sikit setiap bulan

Sekiranya kena bayar RM 715.70 setiap bulan, jadikan ia nombor bulat seperti RM 730.00 ataupun RM 750.00. Lagi bagus bayar RM 800.00.. jangan terkejut kerana dengan cara ini anda boleh mengurangkan tahun bayaran secara signifikan.