Showing posts with label AS. Show all posts
Showing posts with label AS. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

HOT !!! ASTEROID LEBIH BESAR AKAN JATUH


ASTEROID LEBIH BESAR BAKAL JATUH

Sebutir asteroid terbang 27,600 kilometer dari Bumi hanya beberapa jam selepas sebuah meteorit terhempas di Pergunungan Ural di Chelyabinsk, kelmarin. Saintis berkata, ia adalah asteroid besar pertama mencatat jarak terbang paling hampir dengan Bumi. Malah lebih besar daripada meteor  (tahi bintang) atau asteroid 2012 da14  yang meletup seperti bom atom di Russia boleh jatuh dari langit bila-bila masa saja.
Saintis dan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) AS bertegas, meteorit itu tidak ada kena mengena dengan asteroid berkenaan kerana kedua-duanya terbang dalam arah bertentangan.