Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Wednesday, 8 May 2013

HOT !!! 77 NAMA BAYI ATAU ANAK YANG DIHARAMKAN


77 NAMA BAYI ATAU ANAK YANG DIHARAMKAN

Nama bayi perempuan, nama bayi lelaki merupakan satu perkara yang penting. Islam menganjurkan perletakan nama-nama bayi hendaklah membawa maksud yang baik. So sebelum letak nama tu fikirkanlah. Jom baca cerita 77 nama bayi yang telah diharamkan. Garenti semua akan pelik dengan nama-nama yang telah diberikan kepada bayi oleh ibu bapa yang fikiran tak tau nak cakap apa. Baca dan nilaikan sendiri.



Kerajaan New Zealand baru-baru ini mengeluarkan senarai nama yang "diharamkan" untuk dijadikan nama bayi. Sebanyak 77 nama dilarang kerana dianggap terlalu ofensif atau aneh.
Nama-nama yang dilarang itu, antara lain, Lucifer, Mafia No Fear, dan Queen Victoria. Bahkan, ada yang pernah merancang "." atau tanda titik sebagai nama seorang bayi. Nama-nama lain yang juga dilarang adalah 4real, V8, dan Anal.

Dalam beberapa kes, sebahagian ibu bapa kehilangan kreativiti dalam memberikan nama untuk bayi mereka dan sekadar memberi tambahan angka di belakang nama bayi mereka.

Jabatan Dalam Negeri New Zealand juga melarang warganya memberi nama yang mengandungi gelar atau jabatan, misalnya "King", "Duke", dan "Princess". Bahkan, nama-nama ini sudah dilarang sejak 2001. Nama lain yang kerap ditolak adalah "Justice" yang pernah ditolak sebanyak 62 kali.

Pada 2008, mahkamah keluarga New Zealand memerintahkan penggantian nama seorang budak perempuan berusia sembilan tahun. Ibu bapa anak itu memberinya nama "Talula Does The Hula From Hawaii". Mahkamah menilai nama itu harus diganti kerana memalukan dan mengolok-olok anak itu. Kalau letak Petaling Street pon ok…

Ketika itu, hakim Rob Murfitt mengkritik para ibu bapa yang memberikan nama-nama aneh untuk anak mereka, seperti "Number 16 Bus Shelter", "Midnight Cardonnay", serta anak kembar bernama "Benson" dan "Hedges". Baik letak Gudang Garam je ….kakakkaa…. dunia o dunia.

6 comments:

  1. hihi...apa la motif mak ayah letak nama macam tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makn ayah nyer mabuk pil kuda....kakakakka

      Delete
  2. kadang-kadang ada ibu bapa yang suka letak nama pelik pelik..kesian anak tu bila dah besar pasti akan kena ejek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la puteri....baek dia tk letak nama puding laici (resepi sape nie?)...kakakakakak...jgn marah yee

      Delete
  3. hati-hati bila memberi nama anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mala...tk pasal2 dpt gelaran mcm2 ank tuu

      Delete

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!