Wednesday 23 January 2013

HOT !!! Borang Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia Online


BL1M BORANG PERMOHONAN ONLINE 2013

BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN PAHANG bersama KELAB KAWAN. Permohonan boleh dilakukan secara online – Borang Permohanan BL1M Online 2013. Selain itu, terdapat beberapa syarat yang dikenakan bagi pemohon yang ingin memohon (seperti lampiran dibawah). Bagi memudahkan, admin menyediakan perkhidmatan link untuk borang permohonan, syarat-syarat permohonan serta daftar online.


Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

FAKTA BL1M

•Hanya untuk Lesen B2 tunggal.

•Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia

•Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40

•Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.

•Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.

•Akan berjalan serentak setelah dirasmikan

•Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali





Dengan ada nya maklumat sebegini, ia dapat memudahkan segala urusan dari segi Daftar Online BL1M 2013, Borang Permohonan BR1M Online 2013 dan Syarat-syarat Permohonan.

No comments:

Post a Comment