Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Friday, 29 April 2016

APA ITU GIS ?

APA ITU GIS ?

Singkatan kepada Geographical Information System atau dikenali sebagai Sistem Maklumat Geografi.

Apa Itu Sistem Maklumat Geografi (GIS) GIS adalah satu sistem maklumat yang boleh menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data reruang (spatial data). Sejak ia mula digunakan secara manual pada tahun 1960-an, sistem ini telah mengalami beberapa siri penambahbaikan. Dengan pembaharuan dalam teknologi komputer dan Internet, sistem ini telah menjadi semakin penting dan berguna khususnya mereka yang menggunapakai data reruang seperti penggunaan peta untuk analisis kependudukan, kegunaan tanah , ramalan iklim, pengurusan hutan , lalulintas dan sebagainya.



Keupayaan sistem ini tidak terhad kepada pemaparan peta digital sahaja sebaliknya ia boleh melakukan kerja-kerja analisis


Sebagai contoh, pemaparan lokasi monumen bersejarah di sekitar Tanjong Malim yang dibina sebelum tahun 1980an memerlukan tiga analisis iaitu:

i)                    Kawasankawasan bersejarah di Malaysia;
ii)                   Kawasan Negeri Perak dan Tanjong Malim; dan
iii)                 Taburan monumen bersejarah yang dibina sebelum tahun 1980an. 

Penggabungan ketiga-tiga analisis tersebut akan menghasilkan paparan yang
dikehendaki di mana lokasi monumen terpilih mempunyai titik koordinat sebenar di atas 
muka bumi. Ini bermakna kebolehpercayaan penggunaan GIS adalah ketepatan dalam 
analisis. Bagaimana pun, ketepatan sesuatu analisis bergantung kepada ketepatan data 
yang dimasukkan ke dalam sistem.

KEGUNAAN GIS ?

GIS bukanlah satu sistem yang digunakan untuk kerja-kerja pemetaan sahaja malah telah perluaskan kegunaannya termasuk:

i)   Menganalisis data atribut dan data reruang;

ii)  Mengenal pasti corak tingkah laku; dan

iii) Memaparkan hasil analisis Kedudukan yang dipaparkan dalam sistem ini mempunyai\
rujukan tempat yang tepat di atas muka bumi. Aplikasi GIS juga boleh diguna pakai 
dalam pelbagai bidang termasuk pengajian sosial, penelidikan sains, pendidikan 
perniagaan dan pemasaran, matematik, pengukuran dan pendidikan kesihatan dan 
jasmani



KAEDAH PENGGUNAAN GIS

Langkah-Iangkah yang boleh diambil untuk membangunkan GIS ialah:

Langkah 1: Mendapatkan data seperti peta topografi, imej satelit dan peta daripada buku; Data-data ini terdiri daripada data reruang dan data atribut.

Langkah 2: Merekabentuk pengkalan data sebelum dibina; Langkah ini amat penting kerana keupayaan analisis bergantung kepada rekabentuk pengkalan data yang disediakan - jika analisis dijalankan ke atas data yang tidak terkandung dalam pengkalan data bererti analisis tidak akan dapat dilakukan.

Langkah 3: Memasukkan data ke dalam sistem yang sudah tersedia; Setelah semua data dimasukkan dan disimpan dalarn pengkalan data maka analisis boleh dilakukan - analisis bergantung kepada kehendak pengguna;



PerIu diingat, keupayaan aplikasi dalam menjalankan analisis bergantung kepada rekabentuk awal pengkalan yang dibina, Data GIS yang telah dibangunkan boleh dikemaskini dengan lebih mudah dan cepat. Ini kerana pencarian sesuatu data boleh dilakukan dengan cepat dan pengemaskinian data tersebut juga boleh dilakukan dengan mudah, Pendedahan penggunaan GIS kepada para peserta kursus di INSTUN amat berguna kerana dapat menjadikan mereka lebih kreatif dalam mencari penyelesaian masalah-masalah kerja yang timbul semasa menjalankan tugasan seharian.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!