Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Tuesday, 3 December 2013

TERKINI !!! BANDAR KUANTAN LUMPUH DAN PUTUS BEKALAN ELEKTRIK AKIBAT BENCANA BANJIR

BANDAR KUANTAN LUMPUH AKIBAT BENCANA BANJIR 
Banjir di Kuantan, Terengganu dan Johor. Hujan lebat mengakibat bandar kuantan lumpuh sepenuh nya. Malah bekalan elektrik pun terputus Kawasan yang teruk terjejas ketika ini adalah sekitar Paya Besar, Bukit Rangin dan Sungai Isap dengan paras air melebihi satu meter.
Kuantan: Bandar Kuantan lumpuh apabila sebahagian besar kawasan terputus bekalan elektrik dan air malah talian telefon juga tidak stabil disebabkan banjir melanda negeri ini sejak kelmarin.

Kebanyakan kedai ditutup malah ratusan kenderaan juga terkandas di atas jalan raya. Kawasan yang teruk terjejas ketika ini adalah sekitar Paya Besar, Bukit Rangin dan Sungai Isap dengan paras air melebihi satu meter.
Laluan masuk ke bandar juga terpaksa ditutup kepada kenderaan kerana berbahaya untuk dilalui.
Sementara itu Penyelaras Foto The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Pahang yang juga salah seorang mangsa banjir di Bukit Rangin, Permatang Badak, Zulkepli Osman berkata, kira-kira 2,000 penduduk di kawasan itu terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara selepas air naik sehinga ke paras bumbung.
Katanya, banjir semakin buruk apabila air mulai naik kira-kira 7 pagi tadi menyebabkan rumah yang terletak di kawasan rendah ditenggelami air.
"Saya membawa semua dokumen penting dan menghantar anak-anak ke pusat pemindahan sementara untuk memastikan keselamatan mereka.
"Buat masa ini, saya dan isteri masih berada di rumah untuk menjaga keselamatan kediaman dan jika air terus naik, kami juga akan berlindung di pusat penempatan banjir yang terletak di sekolah dan Masjid Bukit Rangin," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

HOT !!! HIMPUNAN GAMBAR BANJIR DI KUANTAN | TERENGGANU | JOHOR 2013

TERKINI !!!! KEJADIAN BANJIR DI KUANTAN PAHANG 2013 | AIR NAIK MENDADAK

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!