Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Wednesday, 18 December 2013

KISAH BENAR !!! KOLEKSI GAMBAR 8 LAPANGAN TERBANG PALING BAHAYA DI DUNIA

KOLEKSI GAMBAR 8 LAPANGAN TERBANG PALING BAHAYA DI DUNIA


Kisah benar. Diantara lapangan terbang yang paling bahaya di dunia. Dengar macam tidak logik tapi inilah realiti kewujudan lokasi-lokasi lapangan terbang tersebut. Kali ini admin hendak berkongsi daripada apa yang telah dibaca mengenai 8 lapangan terbang yang paling bahaya di dunia. Memang agak pelik cerita ni tapi ini lah kenyataan dan gambar lapangan terbang tersebut.


Diantara 8 lapangan terbang paling bahaya di dunia tersebut Lapangan Terbang Gibraltar, Lukla Airport (Nepal), Madeira Airport (Madeira), Barra International Airport (Barra), Gustaf III Airport (st. Bart), Courchavel (France), Juancho E. Yrausquin Airport (Saba) dan Princess Juliana International Airport (Saint Martin). Jom lihat gambar serta sedikit penjelasan mengenai 8 lapangan terbang paling bahaya di dunia

1. Lapangan terbang Gibraltar 

bandar udara awam yang melewati wilayah seberang laut British, Gibraltar. Lapangan terbang ini dimiliki oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom. Operator awam menggunakannya untuk hanya penerbangan berjadual ke United Kingdom sedangkan penumpang yang berangkat dan tiba menggunakan terminal awam.



Lapangan terbang Gibraltar adalah salah satu dari lapangan terbang kelas A di dunia. Jalan Winston Churchill (jalan utamanya berhadapan dengan sempadan Sepanyol) bersilang dengan laluan landasan lapangan terbang ini sehingga lalu lintas jalan terpaksa ditutup setiap kali ada pesawat mendarat ataupun berlepas.



Program Most Extreme Airports dari History Channel menempatkannya sebagai lapangan terbang paling berbahaya kelima di dunia dan paling berbahaya di Eropah.


Lapangan terbang ini letaknya di tengah Laut Mediterranean dan Teluk Gibraltar. Landasan lapangan terbang berada di tengah lautan, sehingga selain harus menyeberangi lalu lintas ketika berlepas, saat mendarat pilot harus segera menarik brek sesaat setelah pesawat menyentuh landasan.

2. Princess Juliana International Airport (Saint Martin). 

Paling berbahaya. Dimana kapal terbang hanya di atas kepala pengunjung. Tengok gambar pon takut. kakakaka..

Tengok nie


3. Juancho E. Yrausquin Airport (Saba)

Lokasinya berhampiran laut dan dihujung landasan merupakan jurang bukit yang tinggi. 



4. Courchavel (France)

Courchevel adalah nama tempat bermain ski di pegunungan Alps, Perancis. Airport ini memiliki beberapa keunikan seperti pendeknya landasan yang hanya 525 m dan darjah kecondongan mencapai 18.5%.


5. Gustaf III Airport (st. Bart)

Walaupon suasana serta permandangan yang indah lapangan terbang ini bahaya. Ini disebabkan oleh jarak landasan yang agak pendek untuk mendarat.



6. Barra International Airport (Barra)

Merupakan satu-satunya lapangan terbang yang memerlukan kapal terbang mendarat di pantai. 



7. Madeira Airport (Madeira)

Landasan dibina dengan sokongan 180 batang tiang dan memenangi “Outstanding Structure Award”.



8. Lukla Airport (Nepal)

Lapangan terbang yang popular sebagai permulaan trek untuk mendaki gunung everest. Lapangan terbang ini mempunyai gunung yang besar pada hujung landasannya.




No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!