Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Wednesday, 20 November 2013

TERGEMPAR !!! KEAJAIBAN DUNIA POKOK MENGELUARKAN EMAS

KEAJAIBAN DUNIA POKOK MENGELUARKAN EMAS

Pokok Eucalyptus. Saintis telah temui pokok yang ajaib apabila mampu mengeluarkan zarah emas..Penemuan ini dilaporkan boleh merevolusikan industri perlombongan dan cari gali emas. Pokok ajaib ini dikenali sebagai Eucalyptus.



Pasukan dari agensi saintifik kebangsaan Australia , CSIRO , mendapati kesan emas di daun dan dahan pokok Eucalyptus di kawasan Kalgoorlie jauh Australia Barat.

Mereka menyimpulkan bahawa sistem akar pokok tersebut mencari kelembapan semasa musim kemarau dengan menyedut sumber air yang mengandungi logam berharga daripada deposit bijih sehingga kedalaman 30 meter di bawah tanah.




Dilaporkan zarah emas tersebut cuma - kira-kira satu perlima daripada diameter rambut manusia dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar malah menurut Melvyn Lintern, yang mengetuai projek penyelidikan tersebut, ia akan mengambil 500 pokok itu untuk menghasilkan sebutir cincin emas..

Walaubagaimanapun, pada masa harga emas semakin meningkat dan rizab semakin berkurangan, ia boleh membantu syarikat-syarikat perlombongan untuk mencari deposit baru dalam usaha menggerudi jauh ke perut bumi.




Nigel Radford, bekas geochemist Newmont Mining, salah satu daripada pengeluar emas terbesar di dunia memberitahu kepada ABC radio bahawa penemuan itu adalah "amat penting bagi masa depan penerokaan mineral"..

Akar pokok yang luar biasa panjang mampu menembusi sehingga 40 meter di bawah tanah dengan bertindak sebagai " pam hidraulik" kata Dr Lintern..

Australia adalah pengeluar emas kedua terbesar di dunia selepas China dengan perlombongan hampir 80 tan logam itu pada tahun lepas..Dengan rizab global berkurangan, syarikat-syarikat cari gali kini memburu deposit yang terletak jauh di bawah tanah dan sukar untuk dikesan.

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!