Monday 5 August 2013

HOT !!! PANJI HITAM KERAJAAN LANGKASUKA DI TAHAN DI ISTANA NEGARA

PANJI HITAM KERAJAAN LANGKASUKA DI TAHAN DI ISTANA NEGARA

Panji Hitam Kerajaan Langkasuka Di Tahan Di Istana Negara. Meraka juga dikenali sebagai Panji Hitam Dari Timur. Macam tak percaya tapi inilah cerita sebenarnya. 10 Ahli Kerajaan Langkasuka Di Tahan Depan Pintu Istana Negara | Sepuluh orang individu yang mendakwa diri  mereka sebagai pewaris sah Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang tadi.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid, mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.   


Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama

3 comments:

  1. Mana mai kerajaan langkasuka, kerajaan Kalahah ada lah belajaq sejarah tak habis nie

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

    Hotlink satu

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raye IS .... Maaf Zahir N Batin Ye...kikikikikiki..

      Delete