Wednesday 27 March 2013

AKSI DI RANJANG RUSDI RAMLI DAN NORA DANISH SEKADAR MENGIKUT ARAHAN

ADEGAN PANAS RUSDI RAMLI DAN NORA DANISH DALAM FILEM MENCARI CINTA

Rusdi Ramli dan Nora Danish. Salah satu adegan panas atau aksi diranjang yang membabitkan Rusdi Ramli dan Nora Danish berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’  Mencari Cinta. Filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. 


Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora. 

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.
“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

No comments:

Post a Comment