Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Sunday, 24 February 2013

Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula

Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula

kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu berbanding susu formula. Tajuk ini memang biasa kita dengar terutamanya bagi para ibu dan bapa juga kena tahu…hahahahahah…admin tertarik untuk membuat artikel ini selepas membaca entry dari sebuah blog (kak nadia) mengenai petua untuk mengurangkan susu yang berlebihan. Macam tu la bunyi nyer….Jom kita ketahui kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu berbanding susu formula.


Selain mengupas kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu berbanding susu formula. Admin juga memuat naik vedio Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum susu ibu.
Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu : 
-membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
-mengurangkan risiko osteoporosis
-membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi:
 
-sumber imunisasi pertama bayi
-mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
-membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi

Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?

Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amayt kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.

Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama-sama zat zat makanan . Hebat bukan ? 

Perbezaan susu ibu berbanding susu formula

1- ANTIBODI 
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu teruatama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi.  Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembang perut.

3.  KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Dan fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan  bayi terdedah dengan risiko  tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah)


kenapa susu ibu ada bila time pregnant / mengandung  je ?

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

Hukum Susu Ibu



Dengan adanya artikel ini, admin harap dapat membantu para ibu mengenai kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu berbanding susu formula serta hukum susu ibu sebagai pengatahuan tambahan.

2 comments:

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!