Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Monday, 18 February 2013

HOT !!! BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) TAHUN 2013


Makluman Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Tahun 2013

Disini admin menyediakan beberapa langkah yang perlu diambil bagi sesiapa yang ingin memohon BB1M 2013 seperti Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2013,Tatacara Pengagihan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di Institusi, Makluman Pengagihan Baucar Buku Bagi IPTS di Malaysia.Semua link mengenai BB1M ini boleh dilihat di bawah artikel ini....INGAT !!! WASPADA PADA AGEN

Seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September 2012 di Parlimen, Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM325 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku berjumlah RM250 setiap pelajar. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di seluruh Negara dalam membantu meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian di samping memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

LINK BERKENAAN BB1M :

Waspada ejen BL1M

Orang ramai dinasihat berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.
“Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu,” katanya kepada Bernama, semalam.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang semuanya berlaku di kawasan luar bandar.
Tengku Azman berkata, bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi esok.
Tengku Azman berkata, sehingga 14 Februari lalu lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.
Beliau berkata, Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.
Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Menara Dato’ Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.
Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta ‘Money Order’ atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato’ Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!