Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Monday, 29 October 2012

PEMBONGKARAN !!!! ISU TANAH ADAT DINEGERI SEMBILAN

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DIKUALA PILAH


Pentadbiran tanah adat di Negeri Sembilan agak unik berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Ini kerana masyarakat watan di Negeri Sembilan rata-ratanya masih mengamalkan Adat Pepatih yang mementingkan keturunan daripada sebelah ibu. Organisasi hidup masyarakat adat ini berteraskan 12 kelompok keluarga yang besar yang dipanggil `Suku’. Setiap kelompok diketuai oleh seorang pembesar bergelar Lembaga. Setiap suku terpecah kepada keluarga kecil dipanggil `Perut’ yang diketuai oleh seorang `Buapak’. Setiap Perut pula dipecahkan kepada kelompok yang lebih kecil dipanggil `Ruang’ yang diketuai oleh seorang `Besar’. Setiap `Ruang’ dipecahkan kepada kelompok yang lebih terkecil dipanggil `Rumpun’ yang diketuai dengan panggilan `Kadim’.

Kumpulan atau individu yang membuka suatu kawasan akan menjadi tanah milikan bersama suku tersebut. Keluarga yang menduduki dan mengusahakan tanah tersebut tidak berhak ke atas tanah tersebut. Tanah tersebut hanya akan diperuntukkan (tanpa diberi hakmilik kekal) kepada waris perempuan dalam keluarga berkenaan. Apabila wanita tersebut meninggal dunia, harta tersebut seterusnya akan diturunkan kepada anak-anak perempuannya tanpa diberi taraf hak milik tanah. Hak milik tetap hanya diberikan kepada kelompok suku terbabit. Anak-anak lelaki tidak berhak ke atas harta tanah tetapi dibenarkan makan hasil tanah ibunya untuk sepanjang hidupnya.
Dengan demikian, pentadbiran tanah adat mengikut Adat Pepatih adalah berdasarkan kepada enam prinsip asas iaitu:
  • Semua tanah adat adalah hak suku dan bukan hak individu;
  • Tanah bukan pusaka adat setelah diwarisi oleh anggota perempuan akan dianggap sebagai tanah pusaka adat;
  • Hanya wanita sahaja berhak untuk mewarisi dan mewariskan tanah pusaka adat;
  • Pewarisan tanah pusaka adat adalah berdasarkan waris perempuan terdekat;
  • Mengamalkan prinsip sama rata dalam pembahagian harta pusaka; dan
  • Membenarkan anak angkat generasi pertama yang telah menjalani aturan kadim adat dan pusaka (proses mengambil anak angkat bertaraf ahli penuh mengikut aturan adat pepatih) diberi tanah tanah adat tetapi dibhenarkan mewarisi tanah pusaka adat. Adak angkat generasi kedua sahaja yang dibenarkan mewarisi pusaka.

Tanah adat masih berpotensi untuk dibangunkan dengan peruntukkan yang dinyatakan dalam Enakmen Tanah Adat (Pindaan) 1983. Enakmen ini antara lain membenarkan tanah adat dicagarkan kepada pentadbir tanah daerah, institusi kewangan dan koperasi yang diiktiraf kerajaan untuk dimajukan. Ia juga turut membenarkan tanah adat dimajukan secara usaha sama dengan agensi kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!